Cara mudah dapatkan Bitcoin dengan Faucet

Terdapat banyak laman-laman web yang sedia memberi bitcoin percuma kepada kita samada ia meminta kita menjawab survey, membuka iklan atau semata-mata melawat laman web mereka dari masa ke semasa dan menyelesaikan Captcha. Program seperti ini digelar Bitcoin Faucet (boleh rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Bitcoin_faucet untuk maklumat lanjut).

Tujuan utama Bitcoin Faucet ini dibuat adalah untuk :
  • Mempromosi penggunaan Bitcoin kepada pengguna-pengguna internet. Dengan adanya program ini, kesedaran terhadap wujudnya Bitcoin dapat dipertingkatkan dan pengguna-pengguna internet boleh mencuba sebarang transaksi Bitcoin tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Ia juga mendorong pengguna-pengguna internet agar mencipta wallet Bitcoin buat kali pertama bagi mereke yang belum pernah.
  • Untuk mendapatkan trafik dan respon. Ada laman web sekadar ingin menarik seramai mungkin pengunjung ke laman web mereka untuk tujuan pemasaran dan paparan iklan. Ada juga yang memerlukan respon terhadap survey untuk menyiapkan tugasan atau kajian pasaran, maka mereka memerlukan responden yang ramai. Bayaran token dalam bentuk Bitcoin dilihat mampu mendorong sejumlah pengunjung yang sudi meluangkan masa memberi respon.
  • Membuat keuntungan. Biasanya ini sebab paling utama. Pengunjung dibayar sejumlah Bitcoin, namun pemilik laman web selalunya mendapat untung yang lebih yang membuatkan mereka mampu menampung kos tersebut. Perhatikan laman web Faucet biasanya dipenuhi iklan. Setiap pengunjung yang melawat akan dikira di dalam perkiraan jumlah paparan dimana pemilik web akan dibayar pula oleh pengiklan. Sekiranya pengunjung klik mana-mana iklan, bayaran tambahan juga diterima oleh pemilik laman. Jadi, ia memberi situasi menang-menang kepada pengunjung, pemilik laman dan juga pengiklan.


Kesan besar program Faucet Bitcoin ini adalah menimbulkan kesedaran betapa mudah melakukan proses menghantar dan menerima wang di dalam ekonomi bitcoin ini. Anda cuba bayangkan, tanpa bitcoin, apa cara anda untuk menerima bayaran-bayaran micro seperti ini? Sebagai contoh, satu laman membayar anda 10,000 satoshi, yang bernilai lebih kurang RM1, adakah anda boleh terima bayaran tersebut melalui check? Bank TT/Wire? Western Union? Jika boleh pun, ia sangat tak berbaloi akibat tukaran wang dan komisen yang tinggi.

Saya berminat untuk menjana pendapatan tambahan. Apa perlu saya buat?

Pertama sekali anda mesti ada wallet adress untuk simpan bitcoin anda. Anda boleh dapatkan dimana2 adress wallet bitcoin dari laman web yang menyediakan wallet bitcoin dengan percuma. Tapi perlu lihat juga kadar fee setiap transaksi mereka. Dan juga perlu lihat juga paling minima untuk deposit bitcoin ke adress wallet anda tu nanti, ada yang menghadkan untuk deposit/simpan. Saya ambil contoh Reminato yang menghadkan deposit/withdraw min 0.005 BTC.

Selepas anda mempunyai wallet address iaitu 16 digit tu, anda boleh daftar di Faucethub

Apa itu Faucethub?
FaucetHub adalah sistem pembayaran mikro yang membolehkan anda menerima pembayaran dari faucets / websites dengan cepat dan mudah. Anda mengumpul cryptocurrency sebanyak yang mana anda boleh, dan apabila mencapai pembayaran minimum, anda akan menghantar duit digital itu terus ke dalam wallet anda.
Jika belum ada akaun Faucethub, sila daftar disini faucethub.io

Bagaimanakah saya mula menerima bayaran atau faucets?
Anda mesti membuat akaun, dan kemudian letakkan wallet address di panel pengguna itu! Anda kini boleh menerima pembayaran dari mana-mana laman web yang menggunakan platform faucet.

Bagaimanakah saya menerima pembayaran?
Apabila anda telah mencapai  pembayaran minimum 0.0002 BTC yang telah ditetapkan sebelum ini, anda pergi ke Pengguna +, Papan Pemuka Pengguna, Menarik, anda pilih cryptononeda yang anda mahu bayar (di bawah di mana anda akan melihat cryptocurrency yang anda mahu bayar Akan keluar apabila bayaran akan dibuat), Pilih jumlah dan tunggu criptomonedas anda

Adakah mereka hanya mempunyai faucets Bitcoin sahaja?
Tidak, FaucetHub juga menpunyai 6 cryptocurrency lain, iaitu Litecoin, Dogecoin, Blackcoin, Dash, Primecoin, dan Peercoin

Saya akan berikan toturial untuk dapatkan bitcoin disalah satu website yang saya gemari iaitu coinpole. Coinpole adalah laman komuniti berpendapatan bitcoin, anda boleh dapat bitcoin dengan aktiviti faucet, komen, dapat like, dan referral program. Klik link disini untuk mendaftar Link: coinpole.com
Dah masuk kat laman web coinpole tu, sila klik login silibar sebelah kanan atas, nanti keluar page macam nie untuk mendaftar.


Isikan maklumat yang diperlukan diatas dan tekan SignUp. Bila dah daftar anda kena login la, nti pada halaman member home akan keluar page macam nie.


Anda boleh lihat gambar diatas tu ada simbol untuk claim faucet, anda boleh klik terus pada gambar hadiah tu..kalau tak ada gambar hadiah warna merah tu boleh klik Store > Klik Lottery nanti ada keluar page seperti dibawah..

Ok, sekarang anda kena klik butang yang ada "click to pass"untuk claim faucet. Setiap claim amount btc tak sama antara 1 hingga 88 satoshi, kira nasib la dapat banyak mana. Pastu scrool butang kekanan, pastikan sukses seperti gambar dibawah..



Claim faucet setiap 5 minit, kalau rajin set alarm agar tak terlepas claim faucet tu..kalau terlebih masa tak kena denda, itu terpulang pada masing2 mengunakan masa sebaik mungkin.

Apabila anda telah mengumpul 2000 satoshi di coinpole anda boleh terus keluarkan atau biarkan sahaja, mengikut kemahuan anda. Paling minima untuk withdraw ke Faucethub sebanyak 2000. Cara nak withdraw Klik Store > Redeem > Isi address wallet anda > Klik Summit and Done!


Bukti Pembayaran dari coinpole ke faucethub





Transaksi pembayaran 03.09.2017


Transaksi pembayaran 13.09.2017
 



Transaksi pembayaran 24.09.2017



Andaikata sehari anda dapat 1000 satoshi di coinpole dalam masa 10 hari telah kumpul 10,000 satoshi bersamaan dengan 0.0001 BTC. Jika nak 0.1 BTC maintain collect selama 100 hari..0.1 BTC = RM 1700 (harga semasa) kalau 3 bulan lagi harga Bitcoin tak tahu la macam mana. Nanti bila dah banyak kumpul bitcoin boleh la jual kat sini..remitano.com/my. Anda juga boleh claim faucet bitcoin selain coinpole Disini.

2014 > 1 BTC = RM 900 "Dah terlepas"
2015 > 1 BTC = RM 1800 "Dah terlepas"
2016 > 1 BTC = RM 2500 "Dah terlepas"
2017 > 1 BTC = RM 17000 "Sedang berjalan.....
2018 > 1 BTC = RM 30000 (USD 7000)..coming soon....

https://remitano.com/my?ref=duitpasif 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara pantas dapatkan 13 crypto dengan EsFaucet setiap 5 minit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada yang baru jumpa blog ini selamat datang dan selamat berkenalan. Dah lama tak buat artikal, ras...