Cara mudah dapatkan Bitcoin dengan Faucet

Terdapat banyak laman-laman web yang sedia memberi bitcoin percuma kepada kita samada ia meminta kita menjawab survey, membuka iklan atau semata-mata melawat laman web mereka dari masa ke semasa dan menyelesaikan Captcha. Program seperti ini digelar Bitcoin Faucet (boleh rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Bitcoin_faucet untuk maklumat lanjut).

Tujuan utama Bitcoin Faucet ini dibuat adalah untuk :
  • Mempromosi penggunaan Bitcoin kepada pengguna-pengguna internet. Dengan adanya program ini, kesedaran terhadap wujudnya Bitcoin dapat dipertingkatkan dan pengguna-pengguna internet boleh mencuba sebarang transaksi Bitcoin tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Ia juga mendorong pengguna-pengguna internet agar mencipta wallet Bitcoin buat kali pertama bagi mereke yang belum pernah.
  • Untuk mendapatkan trafik dan respon. Ada laman web sekadar ingin menarik seramai mungkin pengunjung ke laman web mereka untuk tujuan pemasaran dan paparan iklan. Ada juga yang memerlukan respon terhadap survey untuk menyiapkan tugasan atau kajian pasaran, maka mereka memerlukan responden yang ramai. Bayaran token dalam bentuk Bitcoin dilihat mampu mendorong sejumlah pengunjung yang sudi meluangkan masa memberi respon.
  • Membuat keuntungan. Biasanya ini sebab paling utama. Pengunjung dibayar sejumlah Bitcoin, namun pemilik laman web selalunya mendapat untung yang lebih yang membuatkan mereka mampu menampung kos tersebut. Perhatikan laman web Faucet biasanya dipenuhi iklan. Setiap pengunjung yang melawat akan dikira di dalam perkiraan jumlah paparan dimana pemilik web akan dibayar pula oleh pengiklan. Sekiranya pengunjung klik mana-mana iklan, bayaran tambahan juga diterima oleh pemilik laman. Jadi, ia memberi situasi menang-menang kepada pengunjung, pemilik laman dan juga pengiklan.


Kesan besar program Faucet Bitcoin ini adalah menimbulkan kesedaran betapa mudah melakukan proses menghantar dan menerima wang di dalam ekonomi bitcoin ini. Anda cuba bayangkan, tanpa bitcoin, apa cara anda untuk menerima bayaran-bayaran micro seperti ini? Sebagai contoh, satu laman membayar anda 10,000 satoshi, yang bernilai lebih kurang RM1, adakah anda boleh terima bayaran tersebut melalui check? Bank TT/Wire? Western Union? Jika boleh pun, ia sangat tak berbaloi akibat tukaran wang dan komisen yang tinggi.

Saya berminat untuk menjana pendapatan tambahan. Apa perlu saya buat?

Pertama sekali anda mesti ada wallet adress untuk simpan bitcoin anda. Anda boleh dapatkan dimana2 adress wallet bitcoin dari laman web yang menyediakan wallet bitcoin dengan percuma. Tapi perlu lihat juga kadar fee setiap transaksi mereka. Dan juga perlu lihat juga paling minima untuk deposit bitcoin ke adress wallet anda tu nanti, ada yang menghadkan untuk deposit/simpan. Saya ambil contoh Reminato yang menghadkan deposit/withdraw min 0.005 BTC.

Selepas anda mempunyai wallet address iaitu 16 digit tu, anda boleh daftar di Faucethub

Apa itu Faucethub?
FaucetHub adalah sistem pembayaran mikro yang membolehkan anda menerima pembayaran dari faucets / websites dengan cepat dan mudah. Anda mengumpul cryptocurrency sebanyak yang mana anda boleh, dan apabila mencapai pembayaran minimum, anda akan menghantar duit digital itu terus ke dalam wallet anda.
Jika belum ada akaun Faucethub, sila daftar disini faucethub.io

Bagaimanakah saya mula menerima bayaran atau faucets?
Anda mesti membuat akaun, dan kemudian letakkan wallet address di panel pengguna itu! Anda kini boleh menerima pembayaran dari mana-mana laman web yang menggunakan platform faucet.

Bagaimanakah saya menerima pembayaran?
Apabila anda telah mencapai  pembayaran minimum 0.0002 BTC yang telah ditetapkan sebelum ini, anda pergi ke Pengguna +, Papan Pemuka Pengguna, Menarik, anda pilih cryptononeda yang anda mahu bayar (di bawah di mana anda akan melihat cryptocurrency yang anda mahu bayar Akan keluar apabila bayaran akan dibuat), Pilih jumlah dan tunggu criptomonedas anda

Adakah mereka hanya mempunyai faucets Bitcoin sahaja?
Tidak, FaucetHub juga menpunyai 6 cryptocurrency lain, iaitu Litecoin, Dogecoin, Blackcoin, Dash, Primecoin, dan Peercoin

Saya akan berikan toturial untuk dapatkan bitcoin disalah satu website yang saya gemari iaitu coinpole. Coinpole adalah laman komuniti berpendapatan bitcoin, anda boleh dapat bitcoin dengan aktiviti faucet, komen, dapat like, dan referral program. Klik link disini untuk mendaftar Link: coinpole.com
Dah masuk kat laman web coinpole tu, sila klik login silibar sebelah kanan atas, nanti keluar page macam nie untuk mendaftar.


Isikan maklumat yang diperlukan diatas dan tekan SignUp. Bila dah daftar anda kena login la, nti pada halaman member home akan keluar page macam nie.


Anda boleh lihat gambar diatas tu ada simbol untuk claim faucet, anda boleh klik terus pada gambar hadiah tu..kalau tak ada gambar hadiah warna merah tu boleh klik Store > Klik Lottery nanti ada keluar page seperti dibawah..

Ok, sekarang anda kena klik butang yang ada "click to pass"untuk claim faucet. Setiap claim amount btc tak sama antara 1 hingga 88 satoshi, kira nasib la dapat banyak mana. Pastu scrool butang kekanan, pastikan sukses seperti gambar dibawah..



Claim faucet setiap 5 minit, kalau rajin set alarm agar tak terlepas claim faucet tu..kalau terlebih masa tak kena denda, itu terpulang pada masing2 mengunakan masa sebaik mungkin.

Apabila anda telah mengumpul 2000 satoshi di coinpole anda boleh terus keluarkan atau biarkan sahaja, mengikut kemahuan anda. Paling minima untuk withdraw ke Faucethub sebanyak 2000. Cara nak withdraw Klik Store > Redeem > Isi address wallet anda > Klik Summit and Done!


Bukti Pembayaran dari coinpole ke faucethub





Transaksi pembayaran 03.09.2017


Transaksi pembayaran 13.09.2017
 



Transaksi pembayaran 24.09.2017



Andaikata sehari anda dapat 1000 satoshi di coinpole dalam masa 10 hari telah kumpul 10,000 satoshi bersamaan dengan 0.0001 BTC. Jika nak 0.1 BTC maintain collect selama 100 hari..0.1 BTC = RM 1700 (harga semasa) kalau 3 bulan lagi harga Bitcoin tak tahu la macam mana. Nanti bila dah banyak kumpul bitcoin boleh la jual kat sini..remitano.com/my. Anda juga boleh claim faucet bitcoin selain coinpole Disini.

2014 > 1 BTC = RM 900 "Dah terlepas"
2015 > 1 BTC = RM 1800 "Dah terlepas"
2016 > 1 BTC = RM 2500 "Dah terlepas"
2017 > 1 BTC = RM 17000 "Sedang berjalan.....
2018 > 1 BTC = RM 30000 (USD 7000)..coming soon....

https://remitano.com/my?ref=duitpasif 

DUNIA MATAWANG DIGITAL (CRYPTOCURRENCY)

Anda perlu tahu dalam dunia Cryptocurrency... terdapat 4 golong manusia dan anda berada digolongan mana :

1. Tidak pernah dengar, tidak tahu dan tidak ada simpanan Cryptocurrency.
2. Pernah dengar tapi tidak ambil tahu potensi Cryptocurrency dan tiada simpanan.
3. Tahu potensi cryptocurrency dan ada simpanan sahaja.
4. Tahu potensi cryptocurrency, ada simpanan dan ada kaedah melombong crytocurrency.



 JOM BERFIKIR SEJENAK MENGENAI CRYTOCURRENCY

👉Bayangkan anda sudah mempunyai simpanan 50 bitcoin (Salah satu drp lebih 800 crytocurrency setakat ini) dalam wallet blockchain (Salah satu drp akaun simpanan cryptocurrency anda). Nilai semasa 50 bitcoin = RM235,576.00.
👉Tahun depan apabila permintaan bitcoin meningkat dan harga 1 BTC =$10,000 usd , bererti simpanan anda sudah menjadi RM2,300,000.55 juta .

Anda sebenarnya berminat untuk mencebur diri dalam dunia CRYPTOCURRENCY ini tetapi.....

👉Anda tiada ilmu dan tidak tahu bagaimana caranya kerana tiada orang yang mendedahkan kepada anda secara terus.
👉Banyak sangat bisnes berkaitan cryptocurrency tumbuh macam cendawan selepas hujan.
👉Selepas 4 atau 5 bulan syarikat tutup, hangus duit anda.
👉Takut Bisnes yang anda nak join tu scam seperti yang anda join sebelum ini.
👉Anda pernah terjebak menyertai pelaburan-pelaburan skim cepat kaya dan hanya menipu wang anda.

💥Semua diatas ini menyebabkan anda menutup peluang yang hadir kpd diri anda walaupun ia benar.
Semenjak nilai matawang cryptocurrency ini melambung naik, banyak skim-skim cepat kaya menggunakan nama cryptocurrency sebagai alat untuk mereka menipu.

KENAPA ANDA MESTI MEMILIK CRYTOCURRENCY BERMULA DARI SEKARANG

Anda sendiri boleh lihat, wang fiat yang kita simpan selama ini setiap tahun nilainya semakin susut. Dulu kalau kita beli barang dengan nilai RM100 penuh satu trolli kita dapat, hari ini dengan nilai yang sama berapa barang sahaja yang kita dapat.

Berbeza dengan Matawang digital (cryptocurrency), potensinya memang ketara setiap tahun daripada tahun ia dicipta sehingga tahun 2017 nilai setiap coin cryptocurrency sentiasa meningkat. Jika anda membeli barang-barang dengan nilai contohnya 1 btc  trolli anda semakin penuh dengan barang.

Jika anda mempunyai simpanan RM100,000 di bank, akan datang nilai semakin susut dan jumlah simpanan anda tetap RM100,000.Sebaliknya berbeza dengan cryptocurrency... contoh jika anda simpan dalam bentuk bitcoin RM100,000 = 25 bitcoin nilai sekarang 2017 dan nilainya semakin naik. andai jangkaan yang dibuat 1 bitcoin= RM44,000 menjadi kenyataan tahun 2018 ,simpanan anda menjadi RM1,100,000 ( 25 bitcoin x RM44,000 = RM1,100,000). Jika tahun depan andai kata nilai tidak cecah RM44,000 1 bitcoin hanya separuh anda masih lagi mempunyai simpanan RM550,000.00

APA YANG ANDA BOLEH BUAT DENGAN SIMPANAN SEBANYAK ITU

Banyak perkara yang anda boleh selesaikan dengan rezeki yang anda perolehi ini :

👉Dapat selesaikan hutang rumah dan beli rumah baru.
👉Dapat selesaikan hutang kereta dan dapat beli kereta baru.
👉Dapat pergi melancong bersama keluarga.
👉Dapat selesaikan pinjaman bank dan ptptn.
👉Dapat tambah aset seperti tanah.
👉Dapat beri pendidikan yang lebih selesa kepada anak-anak.
👉Dapat beli impian anda yang selama ini wujud dalam fikiran anda

 

Wallet Bitcoin

Bitcoin Wallet adalah aplikasi perisian untuk menyimpan bitcoin. Ia adalah dompet yang anda boleh gunakan untuk berbelanja menggunakan bitcoin dan juga untuk menerima bitcoin.

Ia berfungsi seperti akaun bank online, tetapi boleh diakses sebagai wang tunai dalam dompet biasa.

Sebelum memperoleh sebarang bitcoin, anda WAJIB mempunyai wallet Bitcoin. Ini untuk mengumpul satoshi yang anda kumpul secara percuma.

Dimana Saya Nak Dapatkan Wallet Untuk Menyimpan Bitcoin Saya?

Terdapat banyak laman web yang menyediakan wallet untuk bitcoin, namun kita boleh memilih wallet mana yang sesuai untuk kita, kerana setiap wallet ada perbezaan masing masing.

Wallet ada dua jenis, iaitu:

Desktop
Untuk desktop kita kena download software yang telah disediakan untuk mengakses wallet.

Laman Web
Saya memilih laman web, kerana ianya lebih mudah.

Bergantung kepada tahap keselamatan yang anda mahu, wallet yang berbeza akan memberikan peringkat keselamatan yang berbeza.


Kesimpulannya, sebelum anda menceburi dunia cryptocoin bitcoin ni, anda WAJIB memiliki wallet bitcoin untuk menyimpan balance bitcoin anda.

Senarai pilihan Bitcoin Wallet

1. Blockchain.info

Untuk membuat Bitcoin Wallet di web online, saya mengesyorkan Blockchain.info kerana Blockchain boleh diakses menggunakan website, Andoid app & IOS app.

2. Luno

Luno juga merupakan pilihan terbaik terutamanya bagi pengguna di malaysia. Buat masa ini app luno ada disediakan untuk Andoid & IOS.

Mereka memberi perkhidmatan wallet bitcoin, dagangan semasa, jual beli bitcoin terus ke telefon bimbit anda.

Melalui Luno, pengguna boleh transfer Bitcoin ke akaun bank tempatan masing-masing.

Cara untuk buka akaun Luno untuk trading, simpan Bitcoin, dan Jual Beli Bitcoin👇👇👇👇👇👇👇

1. Download luno di apps

1. Sign Up
🔸Klik sign with email
🔸masukkan email
🔸masukkan pasword
🔻huruf depan besar
🔻huruf kecil
🔻nombor
🔸tgk di email then klik link biru untuk confirmation
🔸klik continue
🔸masukkan semula email & pasword
🔸create pin & confirm pin
🔸klik 'got it'

2. LEVEL 1
🔸isi personal settings
🔻nama
🔻no phone
🔻country
🔻email

3. LEVEL 2
🔸Buka settings
🔸Klik verification level
🔸Upload ic
🔸Tggu Luno bagi
(Congratulation...level 2)

4. LEVEL 3
🔸Buka settings
🔸Klik verification level
🔸Upload apa² doc, pastikan bole nmpak *nama* and *alamat* sama macam dlm ic
Cthnya:- bil elektrik, bil air, bil indahwater, statement buka acc bank
🔸Tggu Luno bagi
(Congratulation...level 3)

*#DAPAT LEVEL 2 DA OKAY..TAK SEMESTINYA KENA SMPAI LEVEL 3(TAKDE LIMIT)..LEVEL 2 ADA LIMIT SIKIT JE, TAPI STILL BOLE BUAT TRANSACTION TU*

Da settle di apps..masuk website..

https://www.luno.com

di goole chrome utk tujuan update local bank acc..

🔸Klik garis 3 putih di atas page sebelah kiri
🔸Klik SIGN IN
🔸Masukkan EMAIL & PASSWORD SAMA macam awk guna utk log in masa kat luno apps tu
🔸Klik SIGN IN
🔸Klik garis 3 putih di atas page sebelah kiri
🔸Klik BENEFICIARIES
🔸Klik NEW BENEFICIARY
🔸Di "beneficiary type"..Klik BANK ACCOUNT
🔸Di "Bank Country"..klik MALAYSIA
🔸Isi NAMA PENUH kat BANK ACCOUNT HOLDER'S FULL NAME
🔸Isi BANK ACCOUNT NUMBER
🔸Then pilih BANK yg awk isi no acc tu..kalau no acc tu maybank punya..pilih MAYBANK..kalau no acc yg awk isi tu bank islam, pilih bank islam

Banyak lagi sebenarnya pilihan lain Bitcoin Wallet diluar sana yang anda boleh pilih, tetapi saya cuba berikan buat anda Wallet terbaik yang saya gunakan juga.

Semoga memberi manfaat.


Sepintas mengenai Blockchain

Beberapa tahun selepas Bitcoin menjadi cryptocurrency yang diguna orang ramai, teknologi blockchain menjadi satu topik yang hangat dikaji oleh para penyelidik.

Blockchain terdapat pelbagai kegunaan antara nya pendaftaran nama dan smart contracts. Kaedah konsensus seperti proof-of-work (PoW) dan proof-of-stake (PoS) juga ada diterapkan dalam teknologi ini bagi membantu prinsip decentralization berjalan dengan lancar.

Namun, walau advanced macam mana pun, masih lagi terdapat lubang lubang sekuriti yang tidak di kenalpasti pada awal waktu ia dilahirkan.

Apa itu Blockchain?

Blockchain merupakan sistem lejar elektronik awam yang menyimpan database data para pengguna. Data ini meliputi segala aspek termasuk maklumat individu, status kewangan, status kesihatan dan sebagainya.

Setiap rekod ini disimpan secara rapi dan cuma beberapa pihak sahaja yang mampu mengaksesnya.

Secara kasarnya, cuba bayangkan buku accounting yang penuh dengan transaksi sesebuah syarikat, di mana terdapatnya dari mana duit tu datang dan ke mana duit tu pergi. Begitu juga blockchain. Ia menyimpan segala data transaksi user dari awal sampai, kiamat kot (inshallah).

Bagi menjadikan sistem ini lebih sistematik, segala industri ini berkongsi pangkalan data yang sama bagi mengelakkan daripada sebarang kecelaruan maklumat. Setakat ini anda mungkin sudah mempunyai gambaran sedikit sebanyak mengenai blockchain.

Bitcoin pula merujuk kepada matawang digital yang beroperasi dibawah sistem blockchain. Matawang digital menjadi perantara buat para pengguna dalam melakukan urusan transaksi secara terus dan selamat menerusi sistemnya.

Teknologi yang mula diperkenalkan hampir sedekad lalu kini mula mencuri perhatian ramai setelah matawang yang tersedia dalam sistemnya iaitu bitcoin mula melonjak tinggi.

Maka tidak hairanlah carian di laman web google mengenai blockchain sahaja meningkat hampir 2000% sejak beberapa tahun lepas.

Selain itu, banyak jenis blockchain selain yang digunakan oleh Bitcoin. Maklumlah, codenya open source. Manusia pula kreatif nak tukar tukar ikut sukahati. Maka evolusi blockchain ni jadi semakin bertambah.

Perlu di ingatkan juga, Blockchain bukan sahaja mampu menyimpan data kewangan, tetapi juga data data lain seperti kontrak peguam, surat cinta, or even vote rakyat Malaysia untuk PRU akan datang. You name it, sumbat aje dalam block tu.

Adakah blockchain dan bitcoin merupakan perkara yang sama?

Berikut merupakan kupasan kami mengenai kedua-dua terma ini dan bagaimana blockchain bakal mengubah cara pengguna melakukan transaksi serta menguntungkan pelbagai pihak khususnya para peniaga.

Bagaimanakah urusan transaksi berlaku?

Penggunaan matawang yang sama secara tidak langsung membolehkan urusan pemindahan wang ini berlaku dengan pantas tanpa perlu pengesahan pihak ketiga sepertimana yang dilakukan pihak bank.

Kos transaksi pemindahan wang (meskipun ke negara yang lain) juga sudah pastinya lebih rendah berbanding transaksi di bank.

Method pemindahan wang yang encrypted antara sebab membuatkan orang ramai lebih percaya untuk melakukan transaksi melalui sistem blockchain.

Buat para peniaga, mungkin ini merupakan salah satu sebab anda boleh mula berjinak dengan sistem berteknologi tinggi ini.

Adakah blockchain cuma tertakluk kepada bitcoin semata-mata?

Meskipun matawang crytocurrency bitcoin sering dikaitkan bersama blockchain, sebenarnya terdapat beberapa lagi crytocurrency lain turut diperdagangkan seperti Bitcoin cash (BCC / BCH), Litecoin (LTC), Ethereum (ETH), Zcash (ZEC, Peercoin, Namecoin, New Economy Movement (NEM) dan juga Ripple.

Walaubagaimanapun, Bitcoin (BTC) dan Bitcoin Cash (BCH) antara terpopular ketika ini.

Mengapa blockchain masih belum menjadi pilihan ramai?

Penggunaan sistem decentralized mungkin bakal memudahkan orang ramai berikutan ketiadaan administrator atau pemantau.

Tetapi, blockchain juga mungkin memakan diri sekiranya sistem yang dibina ini berjaya diceroboh penggodam.

Selain itu, terdapat penganalisa komputer yang berpendapat blockchain bukanlah solusi paling selamat.

Masalah ini menjadi lebih rumit selepas dikatakan individu terawal yang memperkenalkan sistem melibatkan blockchain ini menyimpan lebih 1 juta bitcoin yang bersamaan dengan $1.1 juta (~RM4.72 juta) sekaligus memperlihatkan sistem ini seolah tidak lebih sekadar skim Ponzi besar-besaran.

Walaubagaimanapun, setakat tiada bukti kukuh mengesahkan sistem ini merupakan skim Ponzi. Penggodam juga masih belum berjaya menggodam sistem ini berikutan ciri keselamatan yang ada padanya.

Bagaimana blockchain dapat memanfaatkan para peniaga

Meskipun sudah hampir sedekad dilancarkan, teknologi ini boleh dikatakan masih baru berdasarkan kadar penggunaan orang ramai lebih-lebih lagi apabila melibatkan peniaga tempatan.

Berdasarkan kajian yang dibuat, tidak mustahil untuk melihat sistem yang berteknologi tinggi ini bakal mengambil alih urusan pemindahan wang serta percukaian tidak lama lagi.

Itulah penjelasan Blockchain secara ringkas. Moga faham.


Apa itu Bitcoin?

Ramai warganegara Malaysia yang masih tertanya tanya apa itu BITCOIN?? Bitcoin ini adalah matawang baru masa hadapan yang merupakan matawang digital dimana kebanyakannya sudah pun digunakan di negara negara maju. Ia dicipta oleh  Satoshi Nakamoto dan telah pun dicipta pada 2008 serta diperkenalkan secara  terbuka pada 2009 . Bitcoin ini dijalankan melalui transaksi 2 hala antara server ke server (P2P/peer-to-peer) tanpa melibatkan orang tengah seperti bank atau dengan nama mudahnya ia tidak berpusat. Ini menjadi faktor kebaikan pada BITCOIN kerana ia tidak dikenakan cas kerana tiada menggunakan orang tengah, dan jika ade sekalipun cas yang dikenakan adalah terlalu kecil..(refer wikipedia)

BITCOIN ini dikatakan matawang terbaik yang pernah dicipta sepanjang zaman kerana ia terkandung dengan ciri keselamatan yang mana ianya tidak boleh ditiru,diklon, dicipta dengan sistem lain, dan juga tidak dimanipulasi kerana ianya telah di lengkapi dengan ciri keselamtan yang dinamakan 'CRYPTOCURRENCY'.Ini yang menjadikan BITCOIN terbaik dalam kelasnya dan tidak seperti Fiat money/wang kertas hatta emas fizikal kerana sifat fiat money dan emas fizikal yang boleh dimanipulasi dengan sistem dan juga dengan teknik kepakaran manusia. Kita boleh lihat beberapa negara yang telah mengalami kegawatan ekonomi kerana matawang mereka telah dimanipulasi oleh pihak lain yang tidak bertanggjawab, dan begitu juga emas yang mana ade sendiket yang telah menipu dan mencampurkan emas tulen dengan bahan lain. Kerana itu Argentina telah menjual matawang USD yang mereka ade untuk memiliki BITCOIN, dan juga pemilik syarikat emas telah menjual syarikat mereka untuk melabur dalam BITCOIN. Ini menunjukkan BITCOIN mempunyai reputasi yang tinggi dan nilai yang amat berharga pada masa hadapan.

BITCOIN ini telah digunakan secara meluas di negara maju dan segala urusniaga termasuk urusan jual beli dan terdapat juga BURSA SAHAM luar negara telah menyenaraikan BITCOIN dalam dagangan mereka. Ini kerana BITCOIN menjadi salah satu instrument supply dan demand di seluruh dunia setiap saat dalam setiap transaksi (refer urusniaga bitcoin). Jika kita memiliki BITCOIN, kita juga boleh menukar dengan nilai tunai  mengikut nilai semasa (refer price)
                   
Bagaimana BITCOIN Dicipta?
 
BITCOIN ini dicipta pada awalnya hanya 50 unit yang mana ia dipanggil genesis block. BITCOIN yang awal ini memang terhasil tanpa mining/dilombong dan apabila ia bertukar milik ia memerlukan miner. Jadi miner yang yang mengesahkan  transaksi ni akan dapat memiliki bitcoin baru sebagai upah. Pada masa sekarang sudah ade 14juta bitcoin terhasil dari hasil transaksi/mining ini dan hanya tinggal 7 juta unit yang bakal diperolehi seluruh dunia sehingga tahun 2140.

Kerana nilai BITCOIN ini telah ditetapkan hanya ade 21 juta unit sepanjang zaman yang menjadikan BITCOIN ini amat bernilai. Itu tidak pelik jika pakar kewangan meramalkan nilai satu BITCOIN boleh mencapai nilai $1juta USD sekiranya BITCOIN ini menggantikan world currency bila tiba masanya.                                                                              
Jutawan BITCOIN

Sebenarnya ramai jutawan senyap yang sudah pun lahir dengan memiliki BITCOIN. Sampai ade masanya mereka juga tidak tahu menahu bahawa BITCOIN yang mereka ade itu sebenarnya sudah berlipat ganda nilainya yang mana permintaan BITCOIN itu sendiri meningkat dari tahun ke tahun. Seperti contoh seorang pemuda yang telah membeli hanya USD27 untuk 5000 BITCOIN pada 2009 tidak menyangka bahawa BITCOIN yang dia miliki itu telah meningkat dan bernilai USD980k 4 tahun kemudian. Kita dapat bayangkan lagi 5-10 tahun akan datang, berapa agaknya nilai 1 BITCOIN bila ia telah menguasai pasaran dunia, dan secara perlahan akan menggantikan matawang dunia. Ia tidak mustahil berlaku jika kita perhatikan semua negara besar dunia termasuk USA, China dan negara negara EURO sudah membuat pelaburan besar dan mula mengumpul BITCOIN.

Bagaimana mahu memilki BITCOIN?

Banyak syarikat syarikat gergasi dunia telah membelanjakan ratusan juta kerana ingin memiliki BITCOIN dengan banyak. Ini kerana reputasi BITCOIN itu sendiri bakal menggantikan world currency bila tiba masanya.Ketika itu, sesiapa yang memiliki wang yang banyak pada masa sekarang belum tentu dpat mewarisi kekayaan mereka sekiranya mereka tidak memiliki BITCOIN dan perlu dimiliki dengan harga yang amat mahal pada masa akan datang. Oleh itu mereka telah menyediakan ladang melombong (mining farm) kerana ingin memiliki BITCOIN. Sebagaimana yang dijelaskan, BITCOIN ini akan terhaasil dari transaksi dua hala (P2P). Jika lagi besar miner digunakan, lagi besarlah transaksi boleh dijalankan, dan lagi banyak dapat memiliki BITCOIN sebagai upah bagi setiap transaksi itu. Oleh itu, tidak hairan jika syarikat gergasi ini telah membangunkan lagi besar mining farm  untuk mendapatkan BITCOIN dengan lebih pantas dan banyak sebelum ia mejadi lagi sukar untuk dilombong.

Terdapat juga ramai solo miner yang ingin memiliki BITCOIN dan kebanyakan mereka berasal dari negara China dan USA. Ini kerana disana terdapat ramai yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT, teknologi dan juga computer. Disamping itu, untuk melombong/mining tidak semudah yang kita jangkakan. Ini kerana Hardware yang digunakan adalah dari supercomputer yang mempunyai kapasiti processor yang begitu tinggi dan juga harga hardware ini amat mahal dan bernilai sekitar 15k USD yang bersamaan sekitar RM50k. Kerana itu tidak ramai solo miner datang dari negara kita. Ini baru dinilai pada harga hardware, tidak termasuk penyelarasan yang melibatkan programming coding (kod program) dan juga perbelanjaan bulanan seperti bil elektrik. Ini kerana hardware ini perlu di run sepanjang masa tanpa henti. Jika ia berhenti, kita perlu menyelaraskn semula sistem bermula dari kosong. Setiap hardware ini perlu menggunakan minima penggunaaan elektrik sebanyak 1250kw power supply dan perlu menggunakan penghawa dingin bagi mngelakkan sistem hardware ini terlampau panas. Sebanyak 10-20 unit supercomputer ini perlu digunakan bagi proses mining. Jadi anggaran bagi modal memiliki hardware ini sahaja sudah bernilai sekitar RM500k bagi 10 unit tidak termasuk kos selenggara dan perbelanjaan bulanan. Setiap hasil mining yang kita dapat adalah dalam bentuk BITCOIN juga boleh disimpan ke dalam e wallet BITCOIN anda sekiranya anda menjalankan solo mining ini

Disini saya ingin membuka peluang kepada sesiapa yang ingin memiliki BITCOIN dengan cara mining/melombong dan faucet.

BERFIKIR DAN BERTINDAK SEKARANG DAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA JUTAWAN YANG LAHIR DARI BITCOIN. ATAU ANDA AKAN TERLEPAS PELUANG MEMILIKI BITCOIN ...ANDA JANGAN TERTIPU DENGAN DIGITAL CURRENCY JELMAAN BITCOIN YANG MULA MENGUASAI ALAM MAYA.


5 kelebihan Bitcoin

5 Kelebihan Tentang Bitcoin

Telah ramai warga Malaysia memperkatakan tentang Bitcoin sejak akhir akhir ini. Mungkin kerana nilai harga dan permintaannya kini mencecah antara  *RM10,000++ hingga RM19,000++* berbanding _tahun 2016 baru mencapai lingkungan_ *RM2000++ hingga RM5000++* untuk 1 bitcoin, kenaikan yang sangat tinggi berbanding matawang dan coin yang lain. Oleh itu, penulis ingin berkongsi pandangan tentang kelebihan kelebihan Bitcoin di sini.

1. Bitcoin memenuhi dan menepati teori asas ekonomi iaitu faktor bekalan dan permintaan (supply and demand factor).
Apabila “demand” terhadap Bitcoin naik, harga Bitcoin naik. Apabila “demand” kurang, harga akan turun. Begitulah sebaliknya.

Tidak seperti matawang fiat atau barangan kawalan. Harga dan nilainya boleh dikawal oleh pihak berkuasa atau dimanipulasi oleh pihak pihak tertentu.

Tetapi Bitcoin tidak begitu. Bitcoin bersifat “community base” di mana segala maklumat transaksi “supply and demand” boleh diperolehi oleh mana mana individu yang ingin menganalisa maklumat tersebut.

Maka, Bitcoin dilihat lebih telus dan berintegriti dalam penentuan nilai dan harganya.

2. Bitcoin tidak dikawal dan diselia oleh mana mana badan atau pihak.

Bitcoin bersifat “decentralized” yang mana ia menjadikan kesemua pemilik Bitcoin menjaga jaringan sistem tersebut. Ia bukan tidak dikawal, tetapi ia tidak dikawal oleh mana mana individu atau pihak.

Contoh mudah, apabila kita membeli saham IPO atau mana mana saham. Dapatkah kita ketahui sedalam dan sedetil setiap transaksi duit kita? Jawapannya tidak bukan?

Bahkan kita tahu peluang dan ruang untuk mereka menipu adalah tinggi. “Creative accounting” dan “nak cashout saja” sudah menjadi terma biasa dalam perjalanan sesebuah syarikat.

Maka kerajaan terpaksa menubuhkan pihak ketiga untuk memantau dan menjaga sistem tersebut disebabkan kita tidak punya ruang dan peluang menjaganya.

Tetapi, sistem Bitcoin yang bersifat “decentralized” telah menjadikan penggunanya bukan sekadar pemilik dan pengguna, bahkan sebagai autoriti terhadap sistem tersebut. Adakah ini tidak baik?

3. Setiap Bitcoin yang dikeluarkan adalah unik dan mempunyai jumlah yang terhad.

Pengeluaran Bitcoin akan berakhir apabila Bitcoin ke 21,000,000 dilahirkan. Dapat kita fahami apabila sesuatu pengeluaran bersifat terhad, ia akan menjadi sangat bernilai. Sudah pasti nilainya juga stabil dan kekal relevan.

Selain itu, kita dapat meyakini yang Bitcoin tidak boleh diwujudkan sesuka hati atau dipalsukan kerana setiap Bitcoin adalah unik. Tidak seperti duit kertas yang boleh dicetak sesuka hati. Kita juga tidak perlu takut dengan kewujudan Bitcoin tiruan kerana ia mustahil dihasilkan.

4. Bitcoin boleh dibawa ke mana saja dengan mudah dan selamat.

Jika kita ingin ke luar negara, kita perlu menukar matawang negara ke matawang negara lain yang kita ingin lawati. Terdapat beberapa masalah dan kerugian ketika proses tersebut.

Pertama, kerugian ketika pertukaran wang asing. Kerugian terhadap “rate” yang digunapakai oleh “money changer”. Jika menggunakan perkhidmatan bank, selain “rate”, fi servis juga dikenakan.

Kedua, jumlah yang boleh dibawa dibatasi oleh peraturan dan kemampuan untuk membawa. Peraturan melarang membawa keluar pada jumlah tertentu. Manakala, kemampuan mengangkut sejumlah wang dengan banyak bergantung kepada faktor keselamatan dan kepayahan.

Bitcoin pula hanya perlu dibawa dengan telefon bimbit sahaja. Ya, kesemua jumlahnya dibawa dengan mudah dan selamat. Kerugian tukaran wang dan fi servis dapat dikurangkan, bahkan dielakkan.

Bayangkan wang milik kita dikawal pihak lain untuk kita bawa. Dengan Bitcoin, tiada siapa boleh mengawal kita. Ke mana mana saja, bila bila masa, kita adalah bank untuk kita.

5. Semua orang boleh memiliki Bitcoin.

Selain daripada terus membeli Bitcoin di “exchanger” secara “peer to peer”, web dan individu secara berdepan. Semua orang boleh “melombong” Bitcoin. Tidak seperti melombong di dunia nyata, selain dari kos yang tinggi, kita perlu meminta kebenaran pihak berkuasa walaupun di atas tanah kita sendiri.


Cara pantas dapatkan 13 crypto dengan EsFaucet setiap 5 minit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada yang baru jumpa blog ini selamat datang dan selamat berkenalan. Dah lama tak buat artikal, ras...