Apa itu Bitcoin?

Ramai warganegara Malaysia yang masih tertanya tanya apa itu BITCOIN?? Bitcoin ini adalah matawang baru masa hadapan yang merupakan matawang digital dimana kebanyakannya sudah pun digunakan di negara negara maju. Ia dicipta oleh  Satoshi Nakamoto dan telah pun dicipta pada 2008 serta diperkenalkan secara  terbuka pada 2009 . Bitcoin ini dijalankan melalui transaksi 2 hala antara server ke server (P2P/peer-to-peer) tanpa melibatkan orang tengah seperti bank atau dengan nama mudahnya ia tidak berpusat. Ini menjadi faktor kebaikan pada BITCOIN kerana ia tidak dikenakan cas kerana tiada menggunakan orang tengah, dan jika ade sekalipun cas yang dikenakan adalah terlalu kecil..(refer wikipedia)

BITCOIN ini dikatakan matawang terbaik yang pernah dicipta sepanjang zaman kerana ia terkandung dengan ciri keselamatan yang mana ianya tidak boleh ditiru,diklon, dicipta dengan sistem lain, dan juga tidak dimanipulasi kerana ianya telah di lengkapi dengan ciri keselamtan yang dinamakan 'CRYPTOCURRENCY'.Ini yang menjadikan BITCOIN terbaik dalam kelasnya dan tidak seperti Fiat money/wang kertas hatta emas fizikal kerana sifat fiat money dan emas fizikal yang boleh dimanipulasi dengan sistem dan juga dengan teknik kepakaran manusia. Kita boleh lihat beberapa negara yang telah mengalami kegawatan ekonomi kerana matawang mereka telah dimanipulasi oleh pihak lain yang tidak bertanggjawab, dan begitu juga emas yang mana ade sendiket yang telah menipu dan mencampurkan emas tulen dengan bahan lain. Kerana itu Argentina telah menjual matawang USD yang mereka ade untuk memiliki BITCOIN, dan juga pemilik syarikat emas telah menjual syarikat mereka untuk melabur dalam BITCOIN. Ini menunjukkan BITCOIN mempunyai reputasi yang tinggi dan nilai yang amat berharga pada masa hadapan.

BITCOIN ini telah digunakan secara meluas di negara maju dan segala urusniaga termasuk urusan jual beli dan terdapat juga BURSA SAHAM luar negara telah menyenaraikan BITCOIN dalam dagangan mereka. Ini kerana BITCOIN menjadi salah satu instrument supply dan demand di seluruh dunia setiap saat dalam setiap transaksi (refer urusniaga bitcoin). Jika kita memiliki BITCOIN, kita juga boleh menukar dengan nilai tunai  mengikut nilai semasa (refer price)
                   
Bagaimana BITCOIN Dicipta?
 
BITCOIN ini dicipta pada awalnya hanya 50 unit yang mana ia dipanggil genesis block. BITCOIN yang awal ini memang terhasil tanpa mining/dilombong dan apabila ia bertukar milik ia memerlukan miner. Jadi miner yang yang mengesahkan  transaksi ni akan dapat memiliki bitcoin baru sebagai upah. Pada masa sekarang sudah ade 14juta bitcoin terhasil dari hasil transaksi/mining ini dan hanya tinggal 7 juta unit yang bakal diperolehi seluruh dunia sehingga tahun 2140.

Kerana nilai BITCOIN ini telah ditetapkan hanya ade 21 juta unit sepanjang zaman yang menjadikan BITCOIN ini amat bernilai. Itu tidak pelik jika pakar kewangan meramalkan nilai satu BITCOIN boleh mencapai nilai $1juta USD sekiranya BITCOIN ini menggantikan world currency bila tiba masanya.                                                                              
Jutawan BITCOIN

Sebenarnya ramai jutawan senyap yang sudah pun lahir dengan memiliki BITCOIN. Sampai ade masanya mereka juga tidak tahu menahu bahawa BITCOIN yang mereka ade itu sebenarnya sudah berlipat ganda nilainya yang mana permintaan BITCOIN itu sendiri meningkat dari tahun ke tahun. Seperti contoh seorang pemuda yang telah membeli hanya USD27 untuk 5000 BITCOIN pada 2009 tidak menyangka bahawa BITCOIN yang dia miliki itu telah meningkat dan bernilai USD980k 4 tahun kemudian. Kita dapat bayangkan lagi 5-10 tahun akan datang, berapa agaknya nilai 1 BITCOIN bila ia telah menguasai pasaran dunia, dan secara perlahan akan menggantikan matawang dunia. Ia tidak mustahil berlaku jika kita perhatikan semua negara besar dunia termasuk USA, China dan negara negara EURO sudah membuat pelaburan besar dan mula mengumpul BITCOIN.

Bagaimana mahu memilki BITCOIN?

Banyak syarikat syarikat gergasi dunia telah membelanjakan ratusan juta kerana ingin memiliki BITCOIN dengan banyak. Ini kerana reputasi BITCOIN itu sendiri bakal menggantikan world currency bila tiba masanya.Ketika itu, sesiapa yang memiliki wang yang banyak pada masa sekarang belum tentu dpat mewarisi kekayaan mereka sekiranya mereka tidak memiliki BITCOIN dan perlu dimiliki dengan harga yang amat mahal pada masa akan datang. Oleh itu mereka telah menyediakan ladang melombong (mining farm) kerana ingin memiliki BITCOIN. Sebagaimana yang dijelaskan, BITCOIN ini akan terhaasil dari transaksi dua hala (P2P). Jika lagi besar miner digunakan, lagi besarlah transaksi boleh dijalankan, dan lagi banyak dapat memiliki BITCOIN sebagai upah bagi setiap transaksi itu. Oleh itu, tidak hairan jika syarikat gergasi ini telah membangunkan lagi besar mining farm  untuk mendapatkan BITCOIN dengan lebih pantas dan banyak sebelum ia mejadi lagi sukar untuk dilombong.

Terdapat juga ramai solo miner yang ingin memiliki BITCOIN dan kebanyakan mereka berasal dari negara China dan USA. Ini kerana disana terdapat ramai yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT, teknologi dan juga computer. Disamping itu, untuk melombong/mining tidak semudah yang kita jangkakan. Ini kerana Hardware yang digunakan adalah dari supercomputer yang mempunyai kapasiti processor yang begitu tinggi dan juga harga hardware ini amat mahal dan bernilai sekitar 15k USD yang bersamaan sekitar RM50k. Kerana itu tidak ramai solo miner datang dari negara kita. Ini baru dinilai pada harga hardware, tidak termasuk penyelarasan yang melibatkan programming coding (kod program) dan juga perbelanjaan bulanan seperti bil elektrik. Ini kerana hardware ini perlu di run sepanjang masa tanpa henti. Jika ia berhenti, kita perlu menyelaraskn semula sistem bermula dari kosong. Setiap hardware ini perlu menggunakan minima penggunaaan elektrik sebanyak 1250kw power supply dan perlu menggunakan penghawa dingin bagi mngelakkan sistem hardware ini terlampau panas. Sebanyak 10-20 unit supercomputer ini perlu digunakan bagi proses mining. Jadi anggaran bagi modal memiliki hardware ini sahaja sudah bernilai sekitar RM500k bagi 10 unit tidak termasuk kos selenggara dan perbelanjaan bulanan. Setiap hasil mining yang kita dapat adalah dalam bentuk BITCOIN juga boleh disimpan ke dalam e wallet BITCOIN anda sekiranya anda menjalankan solo mining ini

Disini saya ingin membuka peluang kepada sesiapa yang ingin memiliki BITCOIN dengan cara mining/melombong dan faucet.

BERFIKIR DAN BERTINDAK SEKARANG DAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA JUTAWAN YANG LAHIR DARI BITCOIN. ATAU ANDA AKAN TERLEPAS PELUANG MEMILIKI BITCOIN ...ANDA JANGAN TERTIPU DENGAN DIGITAL CURRENCY JELMAAN BITCOIN YANG MULA MENGUASAI ALAM MAYA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara pantas dapatkan 13 crypto dengan EsFaucet setiap 5 minit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada yang baru jumpa blog ini selamat datang dan selamat berkenalan. Dah lama tak buat artikal, ras...